Wednesday, 14 December 2016

ALAT BERKAITAN TEKNOLOGI DAN INOVASI

1.            ALAT PENGUPAS BUAH NENAS

Alat ini sangat membantu para pengguna buah nenas untuk menjimatkan masa di samping mendapatkan potongan buah yang sama dan ideal. Alat ini mempunyai bahagian yang tajam di penghujungnya yang berfungsi untung memotong buah nenas. Alat ini juga tidak perlu menggunakan tenaga elektrik dan bersifat mesra pengguna. Ruang pemegang yang selesa memudahkan pengguna untuk memusing alat di dalam buah nenas tersebut sehingga mendapatkan potongan yang berbentuk spiral . Masa yang diambil untuk menggunakan alat ini bergantung kepada kepantasan pengguna.















2.            GUNTING PEMOTONG SAYUR
Kebiasaannya jika kita lihat di dapur atau restauran, kaedah yang digunakan untuk memotong sayur seperti daun bawang ialah dengan menggunakan pisau yang pastinya menggambil masa yang lama. Oleh itu, inovasi yang dibawakan untuk memudahkan urusan ialah gunting pemotong sayur yang mempunyai rekabentuk sama seperti gunting biasa. Namun, gunting ini diubahsuai dari segi bilangan bilah pemotong pada gunting tersebut yang dikhaskan untuk memotong sayur-sayuran seperti daun bawang atau daun saderi dalam kuantiti yang banyak sekaligus.



3.            DIGITAL BBQ TONGS AND THERMOMETER
Alat ini digunakan ketika memasak ayam panggang, kambing panggang dan BBQ. Disediakan dengan kemudahan pengesan suhu di mana jika hujung pemanggang tersebut menyentuh sesuatu objek yang mempunya haba, bacaan suhu akan dipancarkan. Merujuk kepada bacaan suhu tersebut, pemanggang akan tahu keadaan bahan BBQ tersebut sama ada telah masak atau belum.





4.            SMART WATCH
Seiring dengan zaman teknologi canggih, jam tangan juga mengalami zaman perubahannya tersendiri. Jam tangan yang terkini telah dicipta dengan kelengkapan yang luar biasa selain paparan waktu dan tarikh. Antaranya kemudahan lain yang ada ialah aplikasi yang pelbagai seperti Whatsapp, Twitter, Email dan muzik. Selain itu, jam tangan ini juga disediakan dengan kemudahan sreen touch dan tiada halangan untuk berkomunikasi. Pastinya dengan jam tangan seperti ini, semuanya telah ada dalam satu.




5.            VIRTUAL GOOGLES
Teknologi terbaru dan tercanggih ini merupakan teknologi yang membawa dunia secara virtual dengan menggunakan 3D komputer. Virtual Goggles ini menggunakan teknologi stereoscopic goggles      seakan-akan kaca mata sebagai media gambar 3D. Jadi dengan menggunakan teknologi canggih ini kita dapat melihat sekeliling kita seolah-olah hidup. Cara penggunaan dan fungsi Virtual Goggles ini sama dengan kaca mata 3D, namun lebih canggih kerana dilengkapi dengan teknologi super.

6.            JET PACK
Alat ini dapat membuat manusia ke udara dengan menggunakan jet yang menggunakan bahan bakar gas. Jet Pack ini dihasilkan oleh syarikat TAM, yang merupakan syarikat pertama dan satu-satunya di dunia yang telah menghasilkan alat canggih ini. Syarikat tersebut menawarkan Jet Pack dengan pakej lengkap berupa kostum yang di direka khas oleh Rocket Belt. Jet Pack ini dibuat dari bahan aerospace yang dilengkapi dengan mesin penyulingan khas. Mesin berfungsi untuk menghasilkan bahan bakar hidrogen peroksida. Alat ini mampu terbang sehingga ketinggian 1.000 meter di atas permukaan laut dan bertahan di udara selama 30 minit dan mencapai 119 kilo meter per jam.

7.            ALARM PENCEGAH MENGANTUK
Alat ini dilengkapi dengan sensor pengesan gelombang otak dan kerdipan mata yang membuat pengguna alat ini yang mengantuk kembali terjaga dengan cepat. Alat ini akan mengenalpasti jumlah kerdipan mata pengguna. Seperti diketahui frekuensi berkedip akan semakin kerap ketika mengantuk. Selain itu, gelombang otak juga menjadi indikator untuk alat ini. Dengan bentuk headset yang dipasang di telinga, alat ini kemudian akan menghantar data analisis melalui bluetooth ke skrin monitor kecil. Apabila hasil analisis menunjukkan pengguna mengantuk, secara automatik alat akan memainkan muzik dan memberi peringatan untuk pengguna berehat.



8.            VIRTUAL LASER KEYBOARD
Dengan menggunakan nama virtual bermaksud alat  keyboard ini tidak hadir dalam bentuk fizikal atau objek sentuh namun teknologi layar projektor membolehkan alat kecil bernama I-tech untuk memancarkan keyboard laser yang boleh digunakan di permukaan apa pun. Dengan ciptaan ini, si pengguna IT tidak perlu membawa keyboard ataupun komputer riba kemana-mana lagi.



9.            AMEX DIGITAL TOUCH-SCREEN WIRELESS KEYBOARD
Keyboard layar sentuh ini menggunakan teknologi wireless yang membolekan keyboard ini digunakan sehingga pada jarak 30 meter. Selain itu, keyboard ini mempunyai fitur one-touch access untuk semua program media yang ada di komputer anda.


10.          CATTERBOX

Alat ini ialah sebuah inovasi hasil penemuan Laughing squid dari Temptations Lab yang boleh membuatkan  kucing berkomunikasi seperti manusia. Alat ini berbentuk prototype dan digantung pada leher kucing tersebut. Dengan menggunakan pelbagai teknik , suara kucing akan dianalisis dan kemudiannya temptation lab akan membuat sebuah algoritma yang dapat menyesuaikan seluruh suara  dan hasilnya suara yang dihasilkan oleh kucing menjadi suara manusia.






No comments:

Post a Comment