Friday, 30 December 2016



BAHAN BANTUAN MENGAJAR- PEN HOLDER



Peralatan menulis merupakan salah satu keperluan utama dalam kehidupan seorang pelajar sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Oleh itu, model PEN HOLDER sangat sesuai digunakan untuk meletak alat tulis supaya tidak berselerak dan mudah dicari ketika sesi P&P dijalankan. Bahan untuk membina model ini sangat mudah didapati dan menjimatkan kos iaitu kertas warna dan gam selain peralatan yang digunakan ialah gunting, pensil dan pembaris. Berikut adalah gambar model PEN HOLDER daripada setiap sudut yang berlainan.




1)   Long Shot (LS)



2)    Medium Shot (MS)






3)     Close Up (CU)











4)    Low Angle Shot




 5)   High Angle Shot
















Wednesday, 14 December 2016

FASILITIS DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)





Perkhidmatan bas Nadi Putra yang berfungsi untuk menghantar pelajar ke kawasan sekitar UKM terutamanya fakulti dan luar UKM seperti KTM.

Biodata Diri

GGGE2123 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
SEM 1 2016/2017
ISNIN (11 PAGI – 1 PETANG)
DEWAN KULIAH BUDIMAN
FAKULTI PENDIDIKAN, UKM.




Nama                         : Amira Binti Ismail
No. Matrik                 : A149167
Program                    : Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian
                                     (Biologi)
Tahun Pengajian      : 3
Email                         : amira_ismail95@yahoo.com
Facebook                  : Amira Ismail
No. Telefon               : 012-4098785
Alamat Kolej             : K11B-231, Kolej Burhanuddin 
                                     Helmi, Universiti Kebangsaan 
                                     Malaysia, 436000 UKM Bangi.
Alamat Rumah         :Kampung Bubur, Mukim 
                                     Kedawang, 07000 Langkawi,
                                     Kedah


Mutiara Kata


Video Klip " The Making Of Recycled Pencil Box" (Bahan Bantu Mengajar)




Kotak pensil adalah salah satu perkara yang penting dalam kehidupan pelajar dan membantu dalam sesi pembelajaran di mana ianya berfungsi sebagai tempat simpanan alatan tulis. Untuk menjimatkan kos, pelajar boleh membuat kotak pensil menggunakan bahan kita semula. Selamat mencuba!!

ALAT BERKAITAN TEKNOLOGI DAN INOVASI

1.            ALAT PENGUPAS BUAH NENAS

Alat ini sangat membantu para pengguna buah nenas untuk menjimatkan masa di samping mendapatkan potongan buah yang sama dan ideal. Alat ini mempunyai bahagian yang tajam di penghujungnya yang berfungsi untung memotong buah nenas. Alat ini juga tidak perlu menggunakan tenaga elektrik dan bersifat mesra pengguna. Ruang pemegang yang selesa memudahkan pengguna untuk memusing alat di dalam buah nenas tersebut sehingga mendapatkan potongan yang berbentuk spiral . Masa yang diambil untuk menggunakan alat ini bergantung kepada kepantasan pengguna.















2.            GUNTING PEMOTONG SAYUR
Kebiasaannya jika kita lihat di dapur atau restauran, kaedah yang digunakan untuk memotong sayur seperti daun bawang ialah dengan menggunakan pisau yang pastinya menggambil masa yang lama. Oleh itu, inovasi yang dibawakan untuk memudahkan urusan ialah gunting pemotong sayur yang mempunyai rekabentuk sama seperti gunting biasa. Namun, gunting ini diubahsuai dari segi bilangan bilah pemotong pada gunting tersebut yang dikhaskan untuk memotong sayur-sayuran seperti daun bawang atau daun saderi dalam kuantiti yang banyak sekaligus.



3.            DIGITAL BBQ TONGS AND THERMOMETER
Alat ini digunakan ketika memasak ayam panggang, kambing panggang dan BBQ. Disediakan dengan kemudahan pengesan suhu di mana jika hujung pemanggang tersebut menyentuh sesuatu objek yang mempunya haba, bacaan suhu akan dipancarkan. Merujuk kepada bacaan suhu tersebut, pemanggang akan tahu keadaan bahan BBQ tersebut sama ada telah masak atau belum.





4.            SMART WATCH
Seiring dengan zaman teknologi canggih, jam tangan juga mengalami zaman perubahannya tersendiri. Jam tangan yang terkini telah dicipta dengan kelengkapan yang luar biasa selain paparan waktu dan tarikh. Antaranya kemudahan lain yang ada ialah aplikasi yang pelbagai seperti Whatsapp, Twitter, Email dan muzik. Selain itu, jam tangan ini juga disediakan dengan kemudahan sreen touch dan tiada halangan untuk berkomunikasi. Pastinya dengan jam tangan seperti ini, semuanya telah ada dalam satu.




5.            VIRTUAL GOOGLES
Teknologi terbaru dan tercanggih ini merupakan teknologi yang membawa dunia secara virtual dengan menggunakan 3D komputer. Virtual Goggles ini menggunakan teknologi stereoscopic goggles      seakan-akan kaca mata sebagai media gambar 3D. Jadi dengan menggunakan teknologi canggih ini kita dapat melihat sekeliling kita seolah-olah hidup. Cara penggunaan dan fungsi Virtual Goggles ini sama dengan kaca mata 3D, namun lebih canggih kerana dilengkapi dengan teknologi super.

6.            JET PACK
Alat ini dapat membuat manusia ke udara dengan menggunakan jet yang menggunakan bahan bakar gas. Jet Pack ini dihasilkan oleh syarikat TAM, yang merupakan syarikat pertama dan satu-satunya di dunia yang telah menghasilkan alat canggih ini. Syarikat tersebut menawarkan Jet Pack dengan pakej lengkap berupa kostum yang di direka khas oleh Rocket Belt. Jet Pack ini dibuat dari bahan aerospace yang dilengkapi dengan mesin penyulingan khas. Mesin berfungsi untuk menghasilkan bahan bakar hidrogen peroksida. Alat ini mampu terbang sehingga ketinggian 1.000 meter di atas permukaan laut dan bertahan di udara selama 30 minit dan mencapai 119 kilo meter per jam.

7.            ALARM PENCEGAH MENGANTUK
Alat ini dilengkapi dengan sensor pengesan gelombang otak dan kerdipan mata yang membuat pengguna alat ini yang mengantuk kembali terjaga dengan cepat. Alat ini akan mengenalpasti jumlah kerdipan mata pengguna. Seperti diketahui frekuensi berkedip akan semakin kerap ketika mengantuk. Selain itu, gelombang otak juga menjadi indikator untuk alat ini. Dengan bentuk headset yang dipasang di telinga, alat ini kemudian akan menghantar data analisis melalui bluetooth ke skrin monitor kecil. Apabila hasil analisis menunjukkan pengguna mengantuk, secara automatik alat akan memainkan muzik dan memberi peringatan untuk pengguna berehat.



8.            VIRTUAL LASER KEYBOARD
Dengan menggunakan nama virtual bermaksud alat  keyboard ini tidak hadir dalam bentuk fizikal atau objek sentuh namun teknologi layar projektor membolehkan alat kecil bernama I-tech untuk memancarkan keyboard laser yang boleh digunakan di permukaan apa pun. Dengan ciptaan ini, si pengguna IT tidak perlu membawa keyboard ataupun komputer riba kemana-mana lagi.



9.            AMEX DIGITAL TOUCH-SCREEN WIRELESS KEYBOARD
Keyboard layar sentuh ini menggunakan teknologi wireless yang membolekan keyboard ini digunakan sehingga pada jarak 30 meter. Selain itu, keyboard ini mempunyai fitur one-touch access untuk semua program media yang ada di komputer anda.


10.          CATTERBOX

Alat ini ialah sebuah inovasi hasil penemuan Laughing squid dari Temptations Lab yang boleh membuatkan  kucing berkomunikasi seperti manusia. Alat ini berbentuk prototype dan digantung pada leher kucing tersebut. Dengan menggunakan pelbagai teknik , suara kucing akan dianalisis dan kemudiannya temptation lab akan membuat sebuah algoritma yang dapat menyesuaikan seluruh suara  dan hasilnya suara yang dihasilkan oleh kucing menjadi suara manusia.






Link video-video di YouTube berunsur inovasi dalam bidang Sains dan Teknologi






    (Cara menghidupkan lampu tanpa bateri)

    (Cara menghidupkan lampu LED menggunakan kentang)

    (Mengecas telefon bimbit menggunakan buah-buahan)

     (Alat menguji tekanan osmosis)


     (Pengukur laju respirasi dan fotosintesis)

     (Cara membuat alat penjernih air)

      (Alat mengecas telefon bimbit)

      (Cara mencipta senapang daripada kertas)

      (Cara mencipta pemetik api menggunakan botol plastik)

         (Cara membuat mini hidrogen generator)





       

Isu berkenaan status sains, teknologi dan inovasi di Malaysia dalam bidang pendidikan dari aspek governan, pencapaian dan prospek masa hadapan

Malaysia ialah sebuah negara yang semakin pesat membangun selari dengan perkembangan sains, teknologi dan inovasi yang meliputi aspek pendidikan, pertanian, pembangunan dan sebagainya. Sesebuah negara akan dilihat mundur dan ketinggalan jika pencapaian sains, teknologi dan inovasi masih di tahap yang rendah. Menyedari hakikat ini, kerajaan Malaysia telah menitik beratkan perkembangan dan penambahbaikan aspek ini dalam segenap bidang yang terdapat di negara kita. Sebagai contoh, menerusi Pelan Tindakan Fasa 2 (2011-2015), Kementerian Pengajian Tinggi telah menggariskan bahawa fokus khusus akan diletakkan kepada aspek pembangunan prasarana intelektual, sahsiah pelajar, kurikulum, penyelidikan, pembangunan dan inovasi serta mempertingkatkan penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran dan pengajaran, termasuk melalui pembelajaran secara atas talian  dan pengajian jarak jauh.  Hal ini menunjukkan bahawa pihak governan sentiasa menjaga dan meningkatkan status sains, teknologi dan inovasi  di Malaysia dalam bidang pendidikan terutamanya demi menghasilkan generasi pelajar minda kelas pertama. Aspirasi murni untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi amat berlandaskan kepada ekonomi berasaskan sains, teknologi dan inovasi. Atas dasar itu,  peningkatan keupayaan institusi pengajian tinggi negara, awam dan swasta perlu sentiasa diusahakan melalui pendekatan inovatif. Maka tidak hairanlah semakin banyak institusi pendidikan yang giat menjalankan kegiatan penyelidikan dan pembangunan seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Banyak pencapaian yang telah dicapai oleh negara kita menerusi teknologi dan inovasi dalam bidang pendidikan termasuk peringkat antarabangsa dan dalam negara. Malaysia telah menunjukkan pencapaian yang membanggakan di peringkat antarabangsa bermula  November 2009 hinggalah Julai 2012. Antara pencapaiannya adalah memenangi tempat kedua selama dua tahun berturut-turut dalam World Robot Olympiad (WRO), Korea Selatan dan memenangi pingat emas dalam kategori reka cipta pendidikan dalam The Invention and New Product Exposition, Amerika Syarikat. Tidak kurang hebatnya juga pencapaian dalam negara iaitu sebanyak 66 buah sekolah telah dianugerah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di Malaysia.


Walaupun negara mempunyai banyak pencapaian dalam bidang tersebut, namun kesan negatif juga sedikit sebanyak telah mempengaruhi rakyat terutamanya golongan belia yang majoritinya adalah pelajar. Kemudahan gadjet dan capaian internet telah disalah gunakan oleh segelintir golongan ini. Hal ini turut membimbangkan apabila keruntuhan moral generasi muda semakin kritikal dan akan semakin kronik jika tiada usaha pencegahan dilakukan. Perkara ini akan menjejaskan prestasi negara dalam pelbagai bidang termasuk sains, teknologi dan inovasi dalm pendidikan jika generasi pemimpin dan intelektual semakin berkurang kualitinya. Saban hari, semakin banyak masalah berkaitan kelakuan dan disiplin pelajar yang dilaporkan dalam dada akhbar yang pastinya akan menjejaskan prestasi negara dalam segenap bidang jika langkah mengatasinya tidak diambil. Kemudahan teknologi dengan konsep maklumat di hujung jari masa kini membuatkan generasi Y mudah terpengaruh dengan budaya Barat yang hedonistik. Fokus untuk meningkatkan tahap penguasaan terhadap ilmu menggunakan kemudahan teknologi yang sedia ada semakin dilupakan.



Namun, bagi memastikan kelangsungan pencapaian negara dalam bidang pendidikan pada masa hadapan, kerajaan juga telah menjalankan pelbagai inisiatif yang sepatutnya seperti 1) pertukaran idea dan kemahiran dengan negara luar, 2) menubuhkan institusi berasaskan kemahiran serta menggalakkan dan 3) menyediakan biasiswa kepada pelajar dalam bidang sains dan teknologi. Oleh itu, negara akan terus konsisten dalam menerokai bidang tersebut dan mampu berdiri sama taraf dengan negara asing. Selain itu, antara cadangan bagi mengekangi isu ini, institusi kekeluargaan perlu dititik beratkan di mana 4) ibu bapa perlu mengambil langkah yang lebih agresif dalam memantau aktiviti dan penglibatan anak-anak dalam aktiviti seharian mereka. Kemudahan teknologi di setiap rumah perlu dipantau dan ditapis supaya tidak disalah gunakan. 5) Guru-guru dan pensyarah juga perlu bijak mengaplikasikan teknologi dan inovasi dalam sukatan pengajaran mereka supaya dapat menarik minat pelajar dan relevan dengan keadaan semasa seperti e-learning dan Massive Open Online Courses (MOOC).